Thursday, November 7, 2013

Pemuda PAS perlu seimbangkan tiga elemen jamaah

IPOH: Pemuda adalah aset tetap sebuah jamaah dan pemuda  perlu memiliki hati kental untuk terus kekal dalam perjuangan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan berkata, ahli Pemuda perlu kuatkan dalaman dengan menjauhkan diri dari sikap suka merajuk.

Beliau mengingatkan agar para pemuda bersabar dan kekal istiqamah walau apa badai melanda kepada jemaah yang sentiasa dikacau oleh musuh.

“Para pemuda tidak boleh selalu merajuk, sikit-sikit letak jawatan, tidak puas hati letak jawatan, pemuda perlu tabah, berjiwa kuat kerana itulah ciri penting pemuda”, Katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di Hotel Tower Regency, dekat sini 3 November lalu.

Beliau menceritakan, betapa ramai sahabat handai yang sebaiah dengannya di kampus hanyut di lautan perjuangan, bermaian di tepian iar malah ada yang lemas dan karam. 

Jelasnya, mereka yang gagal bersama bahtera PAS atau jamaah yang diiktiqad untuk diintima’ sehingga akhir hayat dianggap gagal untuk sabar dan istiamah dalam meniti perjuangan. 

Nasrudin juga mengingatkan agar tiga elemen sawabit (tetap) jamaah dilaksana dan diltizam dengan syumul dan seimbang.

“Ada yang hanya tumpu politik, akibatnya mukanya hanya muncul 5 tahun sekali sahaja malah kegiatannya tidak sejajar dengan kehendak Islam. 

"Bagi yang hanya menumpu dakwah, amalnya hanya termaktub dalam kertas kerja sahaja, seminar itu wacana ini, kerja ala NGO dan hanya berteori tanpa kenal kerosakan sebenar rakyat. 

"Bagi yang hanya taksub dengan tarbiah, mereka tidak mengamalkan latihan tarbiah yang diperolehi, biarkan ketirisan, rasuah dan kezaliman Umno malah hanya menumpu peningkatan individu sahaja. Inilah akibat tidak seimbang” jelasnya lagi.

3 comments:

Advertise