Monday, September 9, 2013

Perasmian pusat khidmat Adun Gunong Semanggol, Selinsing Meriah



BAGAN SERAI: Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gunong Semanggol, Ustaz Zawawi Hassan dan Adun Selinsing, Husin Din berlangsung dengan penuh meriah pada 8 September lalu.

Perasmian tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Serai, Ramli Tusin yang juga merupakan mantan Adun Gunong Semangol.

Majlis serentak dengan jamuan Aidilfitri itu diadakan perkarangan pusat khidmat berdekatan Am Bank Bagan Serai.

Suasana harmoni terjalin apabila dihadiri ribuan masyarakat pelbagai kaum tanpa mengira fahaman politik.

Dalam majlis itu, masyarakat berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama Adun yang dipilih oleh mereka dengan lebih dekat lagi.

3 comments:

Advertise