Tuesday, September 24, 2013

Kepimpinan PAFA digesa letak jawatan!


PIALA MALAYSIA: HARAPAN TINGGAL HARAPAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak simpati dengan penyokong Pasukan Seladang Bolasepak Negeri Perak berikutan Pasukan Seladang telah gagal sekali lagi melayakkan diri kepusingan seterusnya malah terus gagal mengembalikan kegemilangan bolasepak di Perak suatu ketika dahulu yang dihormati rakan dan lawan. Terdahulu, dalam saingan Liga Super juga mencatatkan kemerosotan Pasukan Seladang yang turut meresahkan penyokong Pasukan Seladang di Perak khasnya.

Hanya pada tahun 2007, Pasukan Seladang sebelum ini telah layak dipertandingan akhir tetapi telah tewas kepada Pasukan Negeri Kedah ketika itu. Manakala pada tahun 2000, Pasukan Seladang telah merangkul juara Piala Malaysia menewaskan Pasukan Negeri Sembilan. Kini, hanya tinggal kenangan sekali lagi setelah enam (6) tahun yang lalu Pasukan Seladang telah mampu sampai ke peringkat akhir Piala Malaysia ketika itu. Dan lebih tiga belas (13) tahun pula, Piala Malaysia masih gagal sampai ke bumi Perak yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Perak amnya dan penyokong setia Pasukan Seladang khasnya.

Apa yang kami dapat lihat, pucuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) dilihat tidak mengambil tanggungjawab serius di dalam kegagalan ini yang tidak sepertimana yang diharapkan oleh penyokong setia Pasukan Seladang semenjak Presiden PAFA, Dato' Haji Zainol Fadzi Haji Paharudin diberikan kepercayaan sekali lagi. Begitu juga Pengurus Pasukan Seladang, Khairul Azwan Dato’ Haron yang juga kini sebagai Timbalan Presiden PAFA yang baharu tidak mampu melonjakkan harapan penyokong setia Pasukan Seladang selama ini. Sehingga kini, Jurulatih dan Pemain Pasukan Seladang diletakkan kesalahan dan sebagainya.

Bagi kami juga, kedua-dua tokoh utama PAFA tersebut dilihat menghadapi ‘masalah peribadi’ yang menyumbang atas kegagalan Pasukan Seladang selama ini. Kami menyarankan, agar kedua-dua tokoh tersebut mengundurkan diri bagi memberikan ruang kepada orang lain untuk mencorak pembangunan PAFA dan khasnya mengembalikan kegemilangan Pasukan Seladang yang selama ini semakin hari semakin merosot. Kami juga menggesa Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir campur tangan berikutan rekod yang memalukan Pasukan Seladang selama ini.

Kami menyokong perubahan PAFA demi kemajuan Pasukan Seladang yang masih tidak mampu dilihat bangun. Hatta, membawa pengurusan lama yang mampu mengembalikan kegemilangan Pasukan Seladang seperti tokoh lama iaitu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar atau Datuk Jamal Nasir Rasdi amat dinantikan. Akhirnya juga, diharap Khairul Azwan yang masih menjadi Pengurus Pasukan Seladang agar boleh mempertimbangkan keutamanya diantara politik dan kejayaan bolasepak kini. Bagi kami, ketepikan rasa ego demi sama-sama memastikan Pasukan Seladang untuk mampu mencapai kegemilangan seperti dahulu!


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 comments:

MARI LAH RAMAI RAMAI KITA BERDOA.YA ALLAH YA TUHAN KU KAU LAKAHANATKAN LAH ANAK HINDU INI BERSAMA BUDAK GAMPANG DUA EKOR TU YANG TELAH MENGKHIANAT RAKYAT SERTA SELURUH NEGERI INI.(NAK SEBUT NAMA PUN GELI)

Advertise