Friday, September 6, 2013

Isu Projek Sakit, Kerajaan BN Perak Tidak Jawab Persoalan

Beberapa soalan yang diutarakan  dalam Sidang DUN Negeri Perak baru-baru ini dinyatakan kekesalan oleh ADUN Sungai rapat dalam satu sidang media YOP TV.

"Mungkin disebabkan soalan saya adalah antara soalan yang di penghujung sidang menyebabkan soalan itu seakan-akan diabaikan", jelas Radzi.





YB Radzi Zainon yang cukup terkenal dengan agenda kebajikan dan perjuangan marhain di Sungai Rapat ini cuba mengupas perihal beberapa 'projek sakit'  melalui sidang media selepas gagal mendapat jawapan sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri Perak dalam DUN.

Projek sakit yang dimaksudkan oleh beliau adalah beberapa projek tanpa hala tuju, menyimpang daripada tujuan asal, tiada fokus malah ia hanya suatu pembaziran wang negeri.

"Misalnya Pasar Taman Seri Rapat, yang dibangunkan pada tahun 1997, yang bernilai RM 600 000 nilaian ketika itu, kini hanya sepi tanpa digunakan selama hampir 15 tahun. Lebih malang ia kini menjadi sarang penagihan dadah yang pasti mengundang permasalahan sosial kepada rakyat sekitarnya. Melalui soalan lisan saya meminta pihak Majlis Bandaraya untuk turun ke lokasi dan meninjau sendiri isu ini".

Radzi juga mengutarakan isu Kompleks Silveritage di Medan Gopeng yang menelan kos sebanyak RM 14 juta sehingga ini telah beberpakali diubahsuai untuk dimajukan dan dipopularkan akan tetapi ia hanya menjadi projek Gajah Putih kerajaan BN Perak. Malah tindakan memindahkan stesyen bas daripada Medan Gopeng ke Aman Jaya Meru amat menjejaskan peniaga sekitar Kompleks itu.

Namun begitu beliau juga mengulang semula soalan beliau kepada media yang telah berjaya dijawab oleh Exco Perlancongan pihak kerajaan iaitu isu perlaburan RM 42 juta ke dalam  projek Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Walau bagaimanapun YB Radzi belum berpuas hati dengan jawapan Exco berkenan yang kelihatan tidak konkrit dalam mengulas apakah tindakan komprehensif dan bersepadu kerajaan untuk memajukan dan mengaktifkan projek itu kerana penggunaan kapal terbang yang lebih besar dan perjalanan yang lebih jauh masih belum terlaksana melalui lapangan terbang ini.

Advertise