Thursday, July 18, 2013

Kebajikan rakyat keutamaan Pemuda PAS Kampar

KAMPAR: Program bantuan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan menjadi keutamaan Dewan Pemuda PAS Kampar dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Ketua Pemudanya, Ustaz Anuar Murad berkata, Pemuda PAS giat mengenalpasti individu serta keluarga yang benar-benar daif dan sangat memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak.

Kata beliau, kemiskinan di kawasan Kampar adalah sangat tinggi dan ianya gagal dibasmi walaupun lebih 55 tahun diperintah oleh oleh BN.

"Atas kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab, kami merasakan ianya adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu sedaya yang mampu dan usaha kami.

"Setiap tahun terutama di bulan Ramadhan, kami melipat gandakan lagi usaha untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini," katanya.

Anuar Murad menjelaskan, usaha ini adalah kesinampungan dengan perjuangan PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Ujarnya, faktor PAS tidak bertanding di kawasan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk PAS tidak berkhidmat dan berdakwah kepada masyarakat disitu.

"Mereka ditindas serta diabaikan oleh pemerintah walaupun sudah diberikan amanah separuh abad, dan PAS adalah harapan mereka.

"Kami komited untuk teruskan berkhidmat kepada masyarakat walaupun kami tidak memegang tampuk pemerintahan," jelasnya lagi.

Advertise