Thursday, July 11, 2013

'Hidupkan' Al- Quran ketika hidup - Adun Gunung Semanggol


TANJUNG MALIM, 3 Julai : Al Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk manusia sebagai panduan dan diamalkan atau dihidupkan. Ia selaras dengan tuntutan Al Quran sebagai Rukun Iman yang ketiga, beriman kepada Kitab.
Malangnya, kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini menghidupkan Al Quran setelah dia mati, tetapi mematikan Al Quran ketika dia hidup.

Mengulas lanjut lagi, YB Ustaz Zawawi Hassan menyatakan sikap sesetengah umat Islam yang hanya menbaca atau mengupah orang lain membaca @ menghidupkan Al Quran setelah mati atau ketika ada kematian sahaja. Hal ini bertentangan dengan tujuan al Quran itu diturunkan.

YB Ustaz Zawawi berkata demikian ketika menyampaikan Tawjihad sempena Usrah Pemuda Pas Kawasan Tg Malim di Felda Besout yang diadakan di Markas Pas Besout Satu.



Turut menyampaikan ucapan aluan Sdr Junaidin Yusop selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Tg Malim.
Majlis turut dihadiri oleh pimpinan Pas kawasan, cawangan serta tidak ketinggalan para Muslimat. Af Ustaz Zawawi yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Perak menamatkan tawjihadnya di hadapan kira-kira 100 orang ahli Pas dengan mengingatkan akan tanggungjawab dakwah yang mesti dipikul oleh setiap ahli pas selaku ahli gerakan Islam. Pandanglah ahli masyarakat yang menjauhi Islam dengan pandangan kasih sayang dan niatkan setiap yang akan disampaikan, ikhlas dari hati seorang pendakwah agar mesej dapat sampai ke hati orang yang didakwah.

Sebelum berangkat pulang, Yb Ustaz Zawawi turut merasmikan perlawanan persahabatan Futsal antara pemuda-pemuda Besout di Padang Futsal Besout 03.PAS Tg. Malim

0 comments:

Advertise