IPOH: Isu ugutan oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel
apabila Umno ingin merampas kembali kerusi speaker Dun Perak yang sebelum ini
milik MIC telah membuka pekung pergolakan dalaman BN di Perak.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada
hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi
sebarang kerusi manakala MCA hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan.
Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada
pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen
BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan
lagi penolakan ini.
Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno
untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan
oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
“Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat
pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya
mementingkan diri sendiri.
“Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan
dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang
sekata melibatkan semua kaum,” katanya.
Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan
Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan
menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum.
“PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited
untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini
tanpa memingirkan hak-hak kaum lain,” tegasnya.
0 comments:
Post a Comment