Wednesday, May 15, 2013

PR Perak buat laporan polis terhadap bekas hakim


Pakatan Rakyat Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berhubung kenyataannya berbaur perkauman serta hasutan.

Laporan Polis yang diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, hari ini.

Mohammad Nizar ketika ditemui berkata, kenyataan Mohd Noor Abdullah dalam sebuah forum anjuran UiTM Malaysia Alumni Association dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Premiera Hotel Kuala Lumpur 12 mei lalu ternyata sangat tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

Katanya, kenyataan tersebut sangat merbahaya dalam suasana Negara ini terdiri daripada kalangan pelbagai bangsa dan agama.

Tegasnya, PAS dan Pakatan Rakyat Perak mengutuk keras kenyataan Mohd Nir yang dilihat mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh memecah belahkan masyarakat di Negara ini.

“Kami kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan bekas hakim itu yang ternyata mencabul keharmonian masyarakat di Negara ini.

“Beliau sebagai bekas hakim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sedemikian,” katanya kepada Harakahdaily.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham dan Adun serta pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, undang-undang Negara termasuklah Akta Hasutan 1948 jelas termaktub melarang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Dalam akta tersebut katanya turut melarang sesiapa sahaja untuk mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative.

Justeru, Mohammad Nizar berkata, Pakatan Rakyat menggesa pihak polis dapat menyiasat segera perkara ini seterusnya mengambil tindakan kepada Mohd Noor bagi menjaga kestabilan serta keamanaan Negara yang terdiri dari kalangan pelbagai bangsa ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar berkata, kenyataan sedemikian boleh menyebabkan kemurnian serta keharmonian kaum di Negara ini terjejas.

Menurut beliau, Islam tidak mengajar umatnya untuk bermusuh dengan kaum serta bangsa lain sebaliknya mengamalkan suasana aman dan harmoni.

“Mohd Noor harus beriman surah Al-Hujurat ayat13 iaitu Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

“Dalam surah itu telah menggambarkan apa yang sebenar diajar oleh Allah kepada umatNYA iaitu untuk berkenal-kenal dan berbaik-baik dengan bangsa lain, bukannya memerangi mereka,” jelas Adun Titi Serong itu.

Datuk Mohd Noor Abdullah dalam sebuah forum anjuran UiTM Malaysia Alumni Association and Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Premiera Hotel Kuala Lumpur 12 mei lalu telah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan Pilihan Raya Umum ke13 yang lalu.

Berikut adalah antara kenyataan kontroversinya:

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah.

“Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila.

“Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa saudara-mara kita.


1 comments:

Aku tak nampak pun apa yg md noor tu ckp sbg mengapi apikan sentimen perkauman,dia cuma suruh org melayu lebih agresif dlm mempertahankan hak!salah ke.?kalo korang kerje ngan cina,dikilang2 jd barua atau kuli depa,korang taula camana rasa diperkotak katik oleh depa...

Advertise