Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien berazam akan
menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatannya di Dun itu.
Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, beliau akan berkhidmat
dengan adil tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik.
Jelas beliau, kebajikan rakyat akan dibela sedaya mungkin
bagi memastikan tiada seorang pun yang terpinggir di Dun Titi Serong.
"Saya juga turut berazam untuk menerap sifat cintakan
ilmu kebajikan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda di sana,” katanya.
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, beliau juga akan
memfokuskan kepada pembangunan sosial, modal insan dan keharmonian sepanjang
perkhidmatannya.
Kata beliau, rakyat sangat dahagakan pentadbiran berteraskan
Islam sebenar yang sebelum ini Umno gagal untuk berbuat sedemikian.
“Berkhidmat kepada masyarakat bukan hanya untuk bantuan
kemudahan sahaja tetapi penerapan aspek rohati dan nilai Islam kepada
masyarakat juga perlu dititikberatkan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, beliau bernjanji akan memperjuangkan
masalah-masalah rakyat dalam Sidang Dun
Perak kelak antaranya pembinaan
Hospital Daerah Kerian yang sehingga hari ini gagal dilaksanakan.
Kata beliau, janji tersebut menjadi satu ‘gula-gula’ kepada
rakyat setempat disitu dan ditambah lagi dengan pengumuman Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji untuk menambah 150 katil lagi di
hospital itu dalam aku janji tambahan BN.
Sedangkan kata beliau, hospital tersebut masih gagal
disiapkan walaupun BN sudah berjanji sekian lama.
“Najib berjanji untuk menambah bilangan katil sedangkan
dalam masa yang sama hospital tersebut masih belum siap.
“Saya berazam untuk membangkitkan isu ini sehingga ianya
dapat diselesaikan demi memberi kemudahan kepada rakyat di Dun Titi Serong dan
sekitarnya,” jelasnya lagi.
0 comments:
Post a Comment