Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin agar tidak mengulangi kegagalannya ketika memegang beberapa jawatan
dalam arena sukan bola sepak di negara ini.
Naib Ketuanya, Dr
Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, rekod kurang baik telah dicatat oleh Ketua
Pemuda Umno Malaysia itu ketika menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) pada tahun 2007 hingga 2010.
Menurutnya,
beliau gagal membuat apa-apa perubahan kepada kancah bola sepak negara ketika
memegang jawatan kedua tertinggi FAM itu .
“Tiada sebarang
perubahan dilakukan oleh Khairy ketika memegang amanah memimpin FAM suatu
ketika dahulu, ini bermakna rekod beliau tidaklah bersih dan baik,” katanya.
Mengulas lanjut,
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, Khairy turut gagal berperanan
untuk memperbaiki mutu pasukan bola sepak Perak ketika memegang jawatan
Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) suatu ketika dahulu.
Jelas Raja
Iskandar, Khairy yang hanya kekal sepenggal dengan FAM dan juga PAFA tidak
langsung membentuk suasana baru pembangunan bolasepak dimana peranan dan
tanggungjawabnya amat besar dipikul ketika itu.
Beliau
menjelaskan, Khairy juga turut gagal dalam merealisasikan impian mencungkil
bakat baru dalam bidang bola sepak menerusi program realiti TV iaitu ‘MYTeam’
hanya indah khabar dari rupa.
Program itu katanya
diibaratkan hangat-hangat tahi ayam dan kini ianya sudah tidak wujud.
“Kami
letakkan harapan tinggi kepada Khairy terutamanya terhadap pembangunan
bolasepak tanah air yang masih jauh ketinggalan.
“Kami harapkan juga, Khairy jangan hanya berorientasikan
perniagaan di dalam mentadbir Kementerian Belia dak Sukan kelak,” jelasnya
lagi.
0 comments:
Post a Comment