PAS Parit Buntar merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh
warga pendidik di Parit Buntar khasnya dan di seluruh negara amnya.
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim
berharap semua lapisan masyarakat mengenang dan menghargai jasa guru sama ada guru tadika
atau PASTI, guru KAFA dan guru sekolah yang mendidik anak bangsa.
“ Saya mewakili PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru terutama yang mengajar di Parit Buntar. “ Jasa guru harus dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh semua ibu bapa kerana jika bukan kerana guru, tidak akan ada kejayaan anak-anak mereka” katanya
Haji Harun berkata, guru merupakan
pengganti kepada ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat.
“ Guru adalah insan yang bertanggungjawab mendidik dan
memimpin masyarakat. Guru banyak menyumbangkan khidmat membangunkan bangsa dan
negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.
“ Kuat semangat untuk melihat anak muridnya berjaya,
dan sangat menginginkan muridnya lebih tinggi pencapaian dari gurunya.
Beliau berharap para guru dapat amanah dan ikhlas dengan ilmu, seperti mata air yang mengalir air yang bersih dan jernih untuk di minum oleh semua. “ Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. “ Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah” katanya |
0 comments:
Post a Comment