TAIPING – “Kita hanya kalah dalam pertandingan, namun tetap menang
dalam setiap perjuangan yang kita lakukan sebelum ini,” kata calon
kerusi Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari.
Beliau berkata, kekalahan tersebut diterima dengan baik dan secara demokrasi kerana itu adalah pilihan serta ketentuan rakyat.
Menurutnya, tidak ada sebarang bantahan terhadap keputusan tersebut dan sokongan tetap diberikan kepada pihak yang menang.
“Bagaimanapun, kita di PR merasakan gerak kerja yang dilakukan sebelum ini sudah cukup baik dan memuaskan,” katanya.
Fauzi berkata, sejak dari mula, setiap maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah telus dan benar.
“Jadi bila sampai hari mengundi mereka yang boleh menentukan keputusannya, jadi apabila diumumkan semalam, kekalahan ini tetap kita terima,” katanya.
Dalam pada itu, Fauzi berkata, walaupun kekalahan tersebut agak besar, tetapi bukan bermakna keseluruhan pengundi menolak.
Dalam perkembangan sama, Fauzi turut berharap agar Barisan Nasional (BN) yang menang kali ini dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik dan telus.
“Kita amat berharap amalan telus dalam setiap tindakan dapat dilaksanakan di semua peringkat agar rakyat akan lebih berpuas hati sekali gus adil terhadap semua kaum.
“Lakukan setiap tindakan itu hanya demi untuk kepentingan rakyat bukan mengutamakan kepentingan parti terlebih dahulu,” katanya.

0 comments:
Post a Comment