Monday, May 27, 2013

BN Perak akan tumbang dalam tempoh 6 bulan!


TAPAH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6 bulan.

Menurutnya, perkara tersebut boleh terjadi melalui petisyen yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di beberapa buah Dun di negeri itu.


"Dulu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang selepas 11 bulan memerintah, kerajaan BN Perak sekarang ini pula Insya Allah akan tumbang dalam tempoh 6 bulan ini melalui petisyen yang dibuat," katanya ketika berucap dihadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Blackout anjuran PAS Perak di Kompleks PAS Tapah, dekat sini malam tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamamd Sabu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan membuat petisyen terhadap lapan Dun yang dimenangi BN dan enam daripadanya Dun yang ditandingi PAS serta dua PKR yang masing-masing menyebelahi BN dengan majoriti tipis serta penuh keraguan.


Lapan Dun tersebut ialah Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Rungkup, Lubok Merbau, Selama, Chenderiang dan Tualang Sekah.

Jelasnya, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang salah laku serta keraguan dan penyelewengan yang berlaku menyebabkan Pakatan Rakyat tewas tipis di Dun tersebut.

"BN Perak dalam keadaan tidak begitu gembira dengan kemenangan ini kerana ianya sangat getir dan goyah ditambah lagi mendapat maklumat Pakatan Rakyat akan membuat petisyen sebanyak 8 buah Dun.

Adun Changkat Jering itu menyeru seluruh rakyat di negeri Perak agar terus berdoa di samping membuat solat hajat, qunut nazilah, zikir munajat dan sebagainya agar Allah memberi kejayaan kepada petisyen yang dikemukakan.

“Kalaulah 2 daripada 8 petisyen yang dibuat itu menyebelahi kita (Pakatan Rakyat), ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN seterusnya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan di Perak.

“Justeru teruskanlah kita ikhtiar dan meminta pertolongan Allah agar diberi keputusan positif kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

5 comments:

dengan beza undi popular 10% yg memihak kpd pr, nampak jelas sesuatu amat tidak masuk akal bila kemenangan berpihak kpd bn.

berdoalah semoga perak dikembalikan kpd yg hak.

rakyat perak telah lama mahukan kerajaan baru. cuma bn dgn muka yg tak malu merampas dan menipu rakyat perak.

kejadian di tapah amat2 membuka mata seluruh rakyat perak bahawa umno bn benar2 telah mewarisi perangai syaitan yg amat jahat. tidak lagi menghiraukan dosa pahala. halal haram tidak penting lagi. sanggup dibakar api neraka kerana menipu rakyat. sedarlah bahawa keseluruhan kepimpinan umno akan diheret sama ke neraka jika kamu tidak membantah perbuatan terkutuk ini.

nyah bn drp pemerintahan di perak. kamu telah terlalu jijik di mata rakyat perak.

Belum ada dlm sejarah petisyen menang. Boleh cuba try pandu.la ni depa pakai akta hasutan.hanya doa I. Allah jadi senjata.

x guna berdoa pada Allah kalo berdepan dgn mahkamah umno. Allah pon kalah. x percaya tgk la nanti. tunggu imam mahadi je baru umno mampos

apa kecoh! buktikan lah dlm mahkamah..kalau boleh, mahkamah a/ bangsa..

terrima lah hakikat, majoriti org melayu amat berharap pd UMNO

Advertise