Tuesday, May 21, 2013

Adun Titi Serong bersama PAS Kawasan gerakkan program kebajikan


PARIT BUNTAR, 21 Mei : Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin akan bersama-sama PAS Kawasan Parit Buntar melaksanakan program-program kebajikan kepada penduduk pelbagai kaum di Parit Buntar.

Ust. Abu Bakar berkata, beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar akan bekerjasama dengan PAS Parit Buntar mengerakkan aktiviti kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar

“ Umum mengetahui, PAS Parit Buntar aktif melaksanakan program kebajikan melalui penetapan agenda kebajikan untuk bergerak dalam masyarakat

“ Program kebajikan PAS Parit Buntar seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik mendapat pujian dan sanjungan dari masyarakat” katanya

Ust. Abu Bakar berkata demikian selepas bersama Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim  menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur di Parit Tok Ngah , Jalan Baharu di sini.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa menyambut baik saranan Adun Titi Serong yang juga Pesuruhjaya PAS Perak untuk bersama PAS Parit Buntar mengerakkan program kebajikan.

“ Sejak sekian lama, Lujnah Kebajikan telah membuktikan keprihatinan PAS Parit Buntar terhadap kebajikan masyarakat.

“ Kerjasama dari Adun Titi Serong dan Ahli Parlimen Parit Buntar diharap akan menambahkan lagi program dan bantuan kebajikan kepada rakyat” katanya

Menurutnya lagi, selain membantu rakyat melalui program kebajikan, Lujnah Kebajikan juga akan mengajak masyarakat melakukan kebajikan sebagaimana yang disarankan Adun Titi Serong yang mahu menanamkan sifat cinta ilmu kebajikan kepada masyarakat.

oleh: http://paritbuntar.pas.org.my/index.php

0 comments:

Advertise