”Semua pihak termasuk SPR
digesa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan.”
Demikian tegas Pengarah Jabatan
Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak, Zamri Ibrahim mengulas
tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalalkan tindakan Umno
menyalahgunakan dewan orang ramai serta premis awam untuk dijadikan Pusat
Daerah Mengundi (PDM).
Katanya, walaupun pihak SPR menyatakan
bahawa Umno telah mendapat kebenaran daripada pemilik dewan untuk
menggunakannya bagi tujuan kempen pilihanraya, namun dokumentasi penyewaan serta
surat kebenaran kegunaannya tidak dikemukakan.
“PAS Perak menggesa pasukan
penguatkuasa pilihanraya yang ditubuhkan di bawah seksyen 27B Akta Kesalahan
Pilihanraya1954 bertindak berdasarkan perkara 8 Tataetika Pilihanraya oleh SPR.
“SPR perlu membuat lawatan ke
premis-premis yang berkenaan dan meminta pihak BN menunjukkan dan seterusnya
memberikan salinan dokumentasi penyewaan atau surat kebenaran menggunakan dewan
orang ramai tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat
sini, semalam.
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa
Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Salman
Saleh.
Peguam muda itu menjelaskan, ianya
bagi meleraikan kekeliruan serta rasa sangsi dan tidak puas hati orang ramai
yang masih mempersoalkan penggunaan orang ramai oleh BN khususnya Umno.
Menyentuh berkenaan pasukan
penguatkuasa, beliau berkata, PAS Perak menggesa peranan dan tugas anggota
pasukan penguatkuasa dihormati oleh SPR itu sendiri.
Katanya, berdasarkan seksyen 27C
Akta Kesalahan Pilihanraya1954, anggota pasukan terdiri masing-masing seorang
daripada pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh SPR, wakil daripada Polis Di
Raja Malaysia (PDRM), wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil parti
politik yang dilantik oleh calon atau ejen pilihanrayanya.
Berdasarkan peruntukan tersebut,
Zamri berkata, Pegawai Pengurus Pilihanraya tidak termasuk dalam anggota
pasukan penguatkuasa.
“PAS mendapat maklumat yang
diperolehi, ada Pegawai Pengurus Pilihanraya yang membuat arahan kepada pasukan
ini.
“Terdapat juga maklumat wakil parti
tidak dijemput dalam perbincangan untuk membuat keputusan berhubung bahan
kempen.
Tegas Zamri, tindakan tersebut
adalah bertentangan dengan seksyen 27G Akta Kesalahan Pilihanraya1954.
0 comments:
Post a Comment