Sunday, April 28, 2013

Nizar ajak pengundi tebus pengkhianatan calon lalu


IPOH: Tebus pengkhianatan, kekalkan kemenangan rakyat menjadi slogan kempen calon PAS Dun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau yang diamanahkan bertanding di Dun yang penuh kontroversi itu apabila wakil rakyat sebelum ini bertindak menjadi pengkhianat melompat parti hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh pada tahun 2009 lalu.

“Saya yakin akan pertahankan kemenangan di Dun Changkat Jering sekali gus menebus pengkhianatan yang dilakukan oleh wakil rakyat sebelum ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mantan Menteri Besar Perak itu, beliau melahirkan keyakinan itu dengan melihat sokongan rakyat kepadanya sangat sangat positif.

Nizar berkata, beliau tidak rasa kekok kerana rakyat di Dun itu sudah mengenali beliau memandangkan beliau telah berkhidmat disitu sebelum ini sebagai ahli parlimen Bukit Gantang.

Jelas Nizar, sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di situ tidak berkurang walaupun wakil rakyat sebelum ini telah mengkhianati suara mereka.

“Tindakan tersebut telah menyebabkan rakyat lagi marah kepada Umno kerana rakyat yakin perkara tersebut adalah propaganda Umno untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum itu,” jelasnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu yakin gelombang kebangkitan rakyat akan dapat dilihat pada pilihanraya ini dengan membuktikannya pada kertas undi nanti.

Tinjauan Harakahdaily yang bersama mengikuti kempen beliau baru-baru ini, ternyata rakyat Dun Changkat Jering sangat menerima beliau sebagai calon di situ.

Rakyat pelbagai kaum kelihatan teruja apabila didekati oleh Nizar ketika berkempen dan sifat ramahnya sangat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Nizar yang pandai bertutur pelbagai bahasa juga sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada beliau untuk berinteraksi dengan rakyat berbilang bangsa.

Pada pilihanraya 2008 lalu, Calon PKR, Osman Jailu telah menang dengan majoriti 1109 undi menewaskan calon BN, Mat Isa Ismail.

Namun Osman bertindak keluar parti menjadi bebas hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang sehingga berlakunya krisis politik di negeri Perak.


2 comments:

Penyokong PAS cubalah bawak berfikir kerusi Parlimen PAS cuma 70 lebih kerusi aje, PKR 100 lebih kerusi, DAP melebihi PAS, katalah PAS menang 35 kerusi (bukan semua kerusi PAS boleh menang), suara PAS ni siapa yang nak dengar. PAS ni hanya ikut kata DAP aje. Nik Aziz dan Hadi Awang tak reti berkira-kira ke. Buat penat jentera-jentera PAS aje buat kerja. Jangan haraplah Hadi Awang nak jadi PM. Setakat angan-angan aje. PAS akan tunduk apa kata si DAP. Sudahlah PAS setuju menggadaikan kalimah Allah digunakan pada bible berbahasa Melayu jika PR memerintah, tiada dah negara Islam, tukar ke negara kebajikan, menyokong LGBT .. eloklah tu esok jantan sama jantan boleh kahwin, betina sama betina boleh kawin.. Inilah PAS perjuangkan sekarang.. cakap aje hudud-hudud. Berapa tahun kelantan tu diperintah PAS, satu hudud pun tak laksana. Penyokong-penyokong PAS bawak-bawaklah berfikir. Belum terlambat lagi, ada 6 hari lagi untuk mengundi, baiklah PAS keluar dari Pakatan Rakyat demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tak mahu, penyokong-penyokong PAS buatlah keputusan menyokong parti yang selama ini telah banyak berjasa dengan rakyat. Jentera-jentera PAS sedia maklum memang hebat bekerja tapi sedarlah anda semua hanya penat aje yang dapat. Sekiranya Pakatan Rakyat menang, rakyat akan merana khususnya orang Melayu sebab pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak ikhlas untuk membela rakyat. Mereka hanya pentingkan ke Putrajaya sahaja. Pengisian calon pun asyik bertelagah sesama sendiri. Fikirlah sebelum terlambat. Mana lebih utama menegakkan kalimah Allah atau hancurkan agama Allah. 1 undi PAS = 1 undi DAP.

kenyataan yang penuh kekeliruan , hasad dengki, buruk sangka, tiada kasih sayang dan kemanusiaan. Politik zaman penjajah, pecah belah dan jauh dari realiti semasa. Jauhilah golongan sebegini untuk Perak dan Malaysia yang lebih baik di masa hadapan......

Advertise