IPOH - DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan
empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd
Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat
penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka
meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri
ini.
Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun
itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya
umum kali ini.
"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan
pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada
rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini
sebagai calon PRU13.
"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap
sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di
sini, semalam.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan
kesempatan untuk keempat-empat calon bebas itu menjelaskan lagi sokongan
mereka kepada BN setelah membuat keputusan meninggalkan parti serta
mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.
"Ringkasnya, berilah mereka peluang menjadi calon bagi pihak BN pula kali ini," katanya.
Untuk rekod, hanya Mohd Osman sahaja pernah membuat kenyataan sedia
tanding PRU13 sekiranya BN gagal meletakkan calon 'winnable' bertanding
di kerusi Dun Changkat Jering.
Sementara tiga lagi wakil Bebas tidak pernah dilaporkan mahu bertanding mempertahankan kerusi masing-masing. Sinar Harian
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
1 comments:
4ekor ktak ni Bee eNddddd nak buat umpan untuk tangkap ikan haruan
Post a Comment