IPOH: PAS Perak telah mengesan banyak pengundi yang diragui berada di negeri ini.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri (gambar) berkata, sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak.
Katanya, di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan.
“PAS Perak hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain,” katanya kepada Harakahdaily.
Ustaz Nuri menjelaskan, ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini.
PAS, katanya merasakan pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN.
Ini bermakna katanya, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara.
“Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.
“Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?” soal beliau lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
“Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini.
“PAS sangat kesal dengan tindakan ini namun kami yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini,” tegasnya lagi.
2 comments:
Ya ler PAS aje yang betul, itu pasal sanggup bersekongkol dengan DAP. Dengar cakap DAP, dengar cakap si Lim Kit Siang yang pada 13 Mei 1969 cakap Malay Si (Melayu Mati). Ini nak bagi Melayu Mati, itu pasal PAS sanggup berkawan dengan kafir harbi. Kalimah Allah pun sanggup gadai, boleh masukkan dalam bible berbahasa Melayu. Setuju bila Pembangkang menang LGBT pun boleh. Ini yang PAS perjuangkan. Cakap aje Islam tapi cakap tak serupa bikin. Itulah bila anggap parti itu Islam, Islam itu parti. Nama aje mengaji tinggi tak reti nak beza. PAS sanggup jadi kuda kayu DAP. Sekarang ni Allah Taala tunjuk dulu kata UMNO berkawan dengan MCA dan MIC haram. Sekarang ni macamana? Berkawan dengan DAP? Masuk syurga? Sekiranya Pembangkang menang jangan haraplah Hadi Awang jadi PM, kau orang ingat DAP tu tengin!! Silap haribulan Lim Kit Siang tu jadi PM. Baru tahu orang Melayu ni langit tinggi rendah. Nak dapat kehidupan macam sekarang ni, sorrylah kalau DAP dah genggam, nak lepas sorrylah kata Lim Kit Siang. Ingatler. Jangan menang sorak kampung tergadai. Kalau UMNO tumbang (nauzubillah) orang Melayu dalam PAS, PKR & DAP pun tumbang. Siapa yang nak bela orang Melayu, PAS asyik angguk cakap DAP saja. Pencerobohan di Lahat Datu pun mana suara lantang PAS? PKR hancus, nak melingkupkan negara ada. PAS sekarang ni tidak seperti PAS dahulu, PAS sekarang Parti Ade Spender!
Menang sorak kampung tergadai,sesuai utk org mcm ko je Anon 10:15!Tk ada ny sebab kami menyokong PR,hak kami sebagai Melayu dn Islam kami akn lenyap.PRU 1969,UMNO kalah teruk,ada kh lenyap Bangsa Melayu?PRU 2008,UMNO kalah teruk di Wilayah Persekutuan,tp Melayu ny masih kekal!Kami Melayu dlm PR tk bebal mcm Melayu dlm BN.Di Kuala Lumpur,org2 Melayu di usir keluar dgn alasan pembangunan.Sbg contoh penduduk rumah pangsa Kg Hj Abdullah Hukum yg skrg ni berdiri megah Mid-Valley.Begitu jg rumah pangsa 5 tgkt di Kg Kerinci.Memang lh mereka di bayar pampasan tp mampu kh mereka utk membeli pangsapuri2 yg di bina nanti?Di Gugusan Manjoi Pasaraya Mydin di bina di dlm kampong,memang lh ada pembangunan tp natijah ny ramai peniaga2 gulung tikar krn tidak mampu bersaing.Kebanyakn mereka ada lh dr bangsa Melayu.Kamu tk sedar yg org2 Melayu di lanyak semahu ny oleh UMNO.Pencerobohan Lahad Datu,knp hendak di salah kn PAS?Yg merai kn mereka ada lh pemimpin2 UMNO.Kelengkapan tentera di beli dgn harga yg cukup mahal.Pengkalan kapal selam Scorepene berada di Sabah.Begitu juga dgn kelengkapan radar2.Tp bagaimana pengganas yg dtg hanya dgn bot mampu membolosi sempadan negara.Dan wilayah2 negara dgn senang di serah kn oleh UMNO kpd negara luar sprt Pulau Batu Putih dn Tg Pagar.Ada kh ini yg di kata kn UMNO akn mempertahan kn negara dn rakyat?Krn wang,silap haribulan jawatan YDP Agong pun mereka blh jual!
Post a Comment