IPOH
– Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila
diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin bertanding di kerusi ‘kontroversi’ itu.
Pengisytiharan
tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain
dalam satu program ceramah di Kg Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini
semalam.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui berkata,
ianya adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan
kepada PAS Pusat.
Katanya, pilihan Mohammad Nizar yang juga
Mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang
beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.
“Mohammad
Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai
lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang
jawatan Parlimen Bukit
Gantang.
“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya ketika ditemui Harakah selepas selesai program ceramah tersebut.
Ketika
ditanya berkenaan Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh
Mohammad Nizar, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah
mengenalpasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang
terdekat.
“Ya, PAS Perak sudah kenalpasti calon yang sesuai, Insyallah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.
Sebelum
itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
dengan secara tegas mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PAS di
kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat
Jering, Bukit Gantang.
Sebelum ini, kerusi tersebut disandang
oleh Kapten (B) Osman Jailu daripada PKR namun beliau mengambil tindakan
melompat parti bersama-sama bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd
Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit
Foong hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diberi mandat
oleh rakyat dalam PRU12 lalu tumbang.
Ini bermakna PAS akan bertanding 22 kerusi manakala 20 PKR dan DAP 18 kerusi dalam PRU13 nanti.
Hadir
sama dalam pengunguman tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman
Zakaria; Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda PAS
Negeri, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat Negeri, Rohaya Abu
Bakar; wakil Dewan Ulama’ PAS Negeri, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan
Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri, Beh Heng Kin.
OPR NAIK, RAKYAT TERBEBAN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment