Sunday, March 10, 2013

Bekas Ketua Pemuda MIC kutuk tindakan samseng BN


Bekas Ketua Pemuda MIC, K Muraalie mengutuk tindakan keterlaluan sekumpulan remaja yang didakwa Pemuda Barisan Nasional (BN) menceroboh dan mengganggu ceramah DAP di perkarangan Dataran Menara Condong, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, tindakan sekumpulan remaja yang memegang bendera BN menceroboh masuk sehingga ke pentas ceramah itu adalah tindakan yang patut dielakkan.

“Saya tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini, namun tindakan Pemuda BN yang membuat kecoh hanya kerana ceramah yang dianjurkan pada malam itu tidak mendapat permit, tidak masuk akal.

“Sekiranya DAP tidak memohon permit untuk ceramah, bukan Pemuda BN yang perlu menghalang ceramah. Polis dan pihak berkuasa tempatan sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian,” katanya yang akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Jelas beliau, pihak BN dilihat sengaja menimbulkan kekecohan yang nyata merugikan sebelah pihak sahaja.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan tindakan DAP mengadakan ceramah di kawasan berkenaan tanpa memohon permit dan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

“Saya difahamkan pihak penganjur hanya memohon permit atau kebenaran dari polis untuk menjual cenderahati pada malam itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahmua, parti yang ingin mengadakan ceramah atau apa sahaja aktiviti perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak tertentu terlebih dahulu bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.

Dalam perkembangan sama, Muraalie yang juga bekas Exco Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan turut mempertikaikan tindakan Pengerusi BN Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyelitkan risalah yang menyebut seolah-olah beliaulah yang menyumbang wang BR1M kepada penduduk seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan.

Menurut beliau, perkataan “Salam 1 Malaysia. Ikhlas Daripada Dato Mah Siew Keong dan AJK BN Teluk Intan tertera pada risalah itu, sedangkan wang tersebut adalah wang kerajaan yang di salurkan kepada rakyat melalui Kementerian Kewangan.

“Dalam hal ini saya kesal kerana Siew Keong mengambil kesempatan melalui pemberian BR1M untuk kepentingan politik. Namum di kawasan parlimen lain perkara sebegini tidak berlaku.

“Saya menyeru kepada pihak berkenaan supaya jangan mengelirukan rakyat dan rakyat harus tahu siapa yang menyumbangkan wang ini,” katanya.

1 comments:

Nash Ar-Rawy ‏@Adnanrawa
http://nasharrawy.blogspot.com/2013/03/najib-and-umno-is-conspirator-of-sulu.html … CONFIRMED NAJIB N UMNO IS D CONSPIRATOR OF SULU STANDOFF! DETHRONE D TRAITOR IN GE13! CHANGE NOW D ONLY CHANCE NOW!!!

Advertise