Friday, February 8, 2013

PAS kunjungi media sempena Tahun Baru Cina


IPOH: PAS Perak semalam telah mengadakan kunjungan mesra ke pejabat- pejabat akhbar berbangsa Tionghua sempena Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien itu telah mengunjungi enam pejabat syarikat akhbar iaitu Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, The China Press, Kwong Wah Yit Poh dan Oriental Daily.

Kunjungan secara tidak rasmi itu disambut dengan penuh mesra oleh wartawan serta kakitangan pejabat dan PAS telah memberi buah limau tanda simbolik.

Ustaz Abu Bakar berkata, program yang diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan baik antara PAS dengan pihak media.

Kunjungan tersebut katanya membuktikan PAS sangat menghargai jasa pihak media kepada parti itu dalam menyiarkan segala berita yang telus dan tepat.

Menurutnya, PAS Perak sangat berpuas hati dengan aspek pemberitaan akhbar cina yang dilihat bersifat adil dengan memberi ruang kepada semua pihak.


“Kehadiran kami telah disambut dengan penuh mesra dan ini memberi gambaran bahawa semua media termasuk dari kalangan cina begitu selesa dengan PAS,” katanya.

Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Nuri Al-Amin, Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Salman Saleh dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Safarizal Saleh.











0 comments:

Advertise