Thursday, February 7, 2013

Mahkamah tolak permohonan Fauzi Muda

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan Fauzi Muda untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman yang telah diputuskan sebelum ini dalam kes saman Ketua Penerangan Dewan Ulama; PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.

Fauzi Muda yang juga Bekas Ketua Penerangan PKR Perak itu Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.

Selepas keputusan itu, Fauzi cuba memohon untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman itu dan hakim telah memutuskan permohonan tersebut ditolak.


Jadi, Fauzi diarah membayar ganti rugi sebanyak RM100 000 dan memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

0 comments:

Advertise