Wednesday, February 13, 2013

Demo Zoo Taiping : UMNO Taiping Jadi pengarah?


Oleh: Orang Ni

12 Feb 2013 -- Zoo Taiping Perak : Musim cuti sekolah, Zoo Taiping menjadi tumpuan orang ramai kesini untuk beriadah bersama keluarga disamping bergembira bersama keluarga melihat binatang-bintang didalam Zoo Taiping.

Tapi lain pula dengan sekumpulan manusia hari ini yang hanya berkumpul didepan pintu Zoo Taiping, tapi tak masuk Zoo pun, mungkin mereka ini setaraf dengan yang dalam kadang Zoo.

Mereka mengaku konon-nya penyokong PAS dan  Ahli PAS  Cawangan Aulong,tujuan mereka berkumpul dihadapan pintu Zoo kerana  berdemo berkaitan Isu Kalimah Allah: Penyokong PAS Taiping Desak Guan Eng Minta Maaf Kepada Umat Islam.

Kejadian demo mereka sudah tentu menjadi hidangan bagi blog pro UMNO BN dan didalam sebuah posting yang dikeluarkan oleh laman blog upahan UMNO BN (Kalau tak silap aku kat TV3suku pun ada) telah menyiarkan berita seperti  berikut:

Jurucakap kumpulan itu, Ramli Sudin, berkata pemimpin DAP iaitu Karpal Singh dan Lim Guan Eng tidak menghormati keputusan Majlis Syura PAS kerana terus mempertikaikan perkara itu.
Jurucakap kumpulan Demo Zoo , Ramli Sudin
“Kami sebagai ahli dan penyokong PAS berasa kecewa kerana pemimpin PAS termasuklah kepimpinan negeri Perak tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan keputusan Majlis Syura PAS. “Isu ini sangat penting kerana ia membabitkan soal akidah dan kita mahu Guan Eng meminta maaf kepada kepada umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia,” kata Ramli yang menjadi ahli PAS sejak 1996 lagi.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga tidak sepakat dalam menangani isu kalimah Allah sekaligus menyebabkan penyokong PAS menjadi keliru dan serba salah. Menurutnya, PAS Perak perlu tampil menyatakan pendirian tegas terhadap isu kalimah Allah dengan segera.

“Kita akan menghantar memorandum kepada PAS negeri berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan bantahan aman di perkarangan letak kereta Zoo Taiping, petang tadi.
Benarkah budak-budak ini penyokong atau ahli PAS Taiping..??
Ahli kumpulan ini membawa poster tertera antaranya tertera perkataan ‘Bantahan Isu Kalimah Allah: Pemimpin PAS Jangan Gadai Islam Hanya Kerana DAP; Barua DAP Dalam PAS Sila Keluar; Tolak Anwar dan Selamatkan Perak Dari DAP. 

Salah seorang ahli PAS yang ingin dikenali sebagai Helmi, berkata kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam dan ia tidak seharusnya dipertikaikan oleh pemimpin DAP.
.............................................
PAS Cawangan Aulong: Najmuldin bin Ramli ketua Cawangan PAS  Aulong ketika dihubungi menafikan ahli atau penyokong PAS Aulong terlibat didalam demo Zoo Taiping ini.

Najmuldin  yang berada diSungai Petani Kedah hari ini terkejut dakwaan ahli Cawanganya terlibat dalam demo Zoo Taiping dan nama Ramli bin Sudin serta Helmi juga tidak di kenalinya dan tidak tahu status keahlian. 

"Jika benar atau tidak dia memang  ahli, apapun semakan akan di buat,jikalau terbukti cuba mensabotaj dan memburukkan PAS Aulong khususnya PAS Taiping tindakan selanjutnya akan di ambil" - Ujar YDP PAS Taiping Ust Mohammad Fakharudin Abdul Aziz.
...........................................
Orangni: Senang cakap....ini semua sebuah lakonan meraih perhatian orang ramai kat Zoo dimusim cuti sekolah.

Tenaga kerja lakonan ini dari director,Jurugambar, Juruhias ,Jurubuat banner dan sebagainya siapa lagi...UMNO Taiping  la...haha.... 

Pelakon-pelakon tersebut aku percaya dapat upah sekadar harga boleh masuk Zoo sekali saja...hahaha... 

UMNO Taiping patut buat lakonan demo dilain kali didalam Zoo...lebih afdal lagi dalam kandang Orang Utan....hahahaha....

2 comments:

Аttractive section of cοntent. I just stumbled upоn your wеblog and in aсceѕsion cаpital to
asѕert that Ι acquire actually enjοyed account your blog posts.

Any way I ωill be subscribing to youг augment and even I achievement you
acceѕѕ consіstently fast.

Feel free to visit mу webpage; bad credit loans

buy ativan ativan jaw clenching - high dosage of ativan

Advertise