Monday, January 21, 2013

Rakyat Sarawak wajib sokong Pakatan Rakyat - DS Nizar


20 Jan 2013 -- Tanjung Bundong Kota Samarahan Sarawak, memecah kalendar politik negeri Sarawak bagi tahun 2013 apabila PAS negeri Sarawak menganjurkan program bertajuk "Ceramah Kebangkitan Rakyat Sarawak" disini.

Dengan membariskan penceramah pimpinan anak tempatan dan penceramah jemputan dari pimpinan negeri Perak.

Tn Haji Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Sarawak),YB Wong King Wei (ADUN Pandungan),Sdr Arif (PKR Sarawak), Abg Ahmad Kardee  Abg Masagus( AJK Pas Pusat ), Datuk Seri Ir Mohd Nizar (MP Bukit Gantang Perak) dan Tn Haji Ust Misbahul Munir (Pesurujaya PAS Perak)

Keadaan sambutan pada program ini amat-amat membanggakan, yang mana lebih 500 orang telah datang ke program ini. Ini satu angka sokongan yang sangat baik bagi P197 Kota Samarahan khususnya negeri Sarawak.

"Angin perubahan sokongan politik terhadap Pakatan Rakyat di negeri Sarawak sekarang amat membanggakan,kerana rakyat sudah sedar yang mana patut disokong dan sebaliknya,rakyat dinegeri Sarawak yang kaya dengan pelbagai hasil wajib menyokong Pakatan Rakyat demi masa depan semua " - ujar DS Nizar dalam ceramahnya.

DS Nizar juga turut memperkenalkan kepada para penyokong yang hadir bakal calon PAS bagi P197 Kota Samarahan iaitu Abg Ahmad Kardee kepada semua yang hadir dan disambut dengan tepukan sokongan mereka yang hadir.
DS Nizar di Kota Samarahan Sarawak

Ust Misbahul Munir 

Hadirin dari berbagai lapisan masyarakat mendengar ceramah di Sarawak

Abg Ahmad Kardee ..ceramah-nya amat menarik perhatian para penyokong

Berbagai bangsa datang mendengar ceramah

Bakal calon Kota Samarahan

Kebangkitan Rakyat Sarawak bersama Pakatan Rakyat
By Madzam  /  Politik 

0 comments:

Advertise