IPOH: PAS Perak mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur HKR 112 tersebut yang bukan sahaja Berjaya dari segi pengawalan keselamatan yang dijalankan yang sangat rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa sebarang kekecohan.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pihaknya mengharapkan perubahan murni di atas kejayaan rakyat dalam HKR
112 baru-baru ini adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan
oleh rakyat pada PRU 13 .
Katanya, perhimpunan
yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini
itu adalah sangat terpuji kerana inilah realiti yang sebenar bila
rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang
provokasi.
Ini katanya jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR 112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.
"PAS
Perak menyeru agar PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya
mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut dalam HKR 112 itu dan
bukan dengan melemparkan fitnah serta melagakan sentimen kaum dan agama.
"HKR
112 baru-baru ini telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk
Negara ini. Ia menunjukkan betapa suara rakyat tidak perlu dipandang
serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat," jelasnya.
0 comments:
Post a Comment