IPOH: PAS Perak hari ini mencabar BN yang diketuai oleh Dato’ Dr Zambry Kadir menyahut cabaran Pakatan Rakyat (PR).
Koordinator
Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, debat tersebut memberi
ruang dan peluang untuk BN menjelaskan segala pembongkaran yang telah dilakukan
oleh Pakatan Rakyat terutama PAS.
Menurutnya, PAS
beranggapan penganjuran ini sangat baik untuk rakyat menilai siapakah yang
berkemampuan di dalam urus tadbir pentadbiran Kerajaan Negeri yang bersih dan
adil.
“Sepatutnya
ramai lagi pihak menyokong usaha ini bagi memberikan peluang kepada rakyat
untuk menilainya sendiri.
“Jesteru, kami mengulangi penganjuran ini agar BN Perak lebih matang dan
berani menyahut pelawaan ini dan bukannya berani di dada akhbar sahaja,”
katanya di Pejabat PAS Perak hari ini ketika diminta mengulas tentang cabaran
debat oleh PR Perak baru-baru ini.
Mengulas
lanjut, Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Perak menjelaskan, Sudah tentu
rakyat ingin mengetahui siapakah yang sebenarnya mengamalkan sikap kronisme di
dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.
“Siapakah yang
‘diberikan projek’ oleh Dr Zambry? Dan siapa dikalangan EXCO Kerajaan Negeri
yang ada hubungan dengan projek-projek Kerajaan Negeri?,” soal beliau.
Jelasnya, BN
Perak sebenarnya sudah terpalit dengan amalan lama sebelum mereka tumbang pada PRU12
dulu
Mereka katanya masih tidak serik, malah meneruskan sikap kronisme bagi
membina kekayaan kroni-kroni mereka sahaja seperti mana yang telah didedahkan
oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin pada Persidangan Dewan
Undangan Negeri (Dun) Perak terakhir yang lalu.
“Sebagai
contoh, projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang yang
diberikan kepada Pegawai Khas Datuk Seri Zambry.
“Malang buat
rakyat Negeri Perak kerana sikap pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya
sahaja tanpa menghiraukan pihak lain yang lebih layak,” ujarnya.
Kata Salman, ini
merupakan cabaran kepada Dr Zambry yang acap kali mengugut ingin mendedahkan
salah laku Nizar namun sehingga hari ini masih ‘indah khabar dari rupa’.
Pada 10
Januari lalu, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Dr Khairuddin Abd Malek
melalui satu sidang media mencabar BN berdebat atas satu pentas berhubung
segala pembongkaran oleh PR dalam Persidangan Dun Perak baru-baru ini yang
masih belum lagi terjawab khususnya berkenaan isu pemberian tanah.
Ia juga
berikutan fitnah yang dilemparkan oleh BN yang mengatakan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tanah
kepada pimpinan DAP Perak untuk melantik Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin menjadi
Menteri Besar Perak.
Debat yang
diberi nama “Debat Darul Ridzuan: Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry
Buncitkan Kroni- Siapa Berdusta?” ini dijadualkan berlangsung pada 23 Januari
ini.
0 comments:
Post a Comment