Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussoleh
Ahmad berkata, agenda tersebut bertujuan untuk meningkatkan kebajikan dalam
kalangan kaum wanita terbela.
Menurutnya, agenda tersebut mencakupi aspek
perundangan, kelangsungan hidup berkualiti, ekonomi, pendidikan
dankesejahteraan sosial dan agenda wanita muda bagi menggerakkan masyarakat
dalam usaha menggapai matlamat yang akhirnya untuk melahirkan wanita yang
berdaya, celik politik dan cerdik ekonomi.
Bertemakan Wanita Berdaya Negara Sejahtera, beliau
berkata, agenda tersebut akan digunakan sebagai dasar Wanita Pakatan Rakyat
bagi mengangkat marbatat kaum hawa jika diberikan mandat untuk memerintah
kelak.
Katanya, jika dilihat dalam pemerintahan Umno-BN selama
lebih 55 tahun, peranan wanita tidak diberikan perhatian dan golongan ini
seolah-olah dipinggirkan.
“Kami tekad untuk mengangkat martabat kaum hawa jika
berjaya menawan Putrajaya kelak agar setanding dengan peranan daripada kaum
lain.
“Kami akan mengemukakan tawaran ini kepada rakyat
khususnya golongan wanita dalam PRU13 dan saya yakin ianya akan memberi impak
yang positif kepada Pakatan Rakyat,” kata Najihatussolehah yang juga AJK Dewan
Muslimat PAS Pusat.
Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh pimpinan
tertinggi Wanita Pakatan Rakyat Pusat iaitu Ketua Muslimat PAS, Ustazah Siti
Zailah; Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah Kamaruddin; dan Penolong Setiausaha
Organisasi DAP Malaysia, Leong Mee Meng.
Sementera itu,
dalam Majlis itu juga, seorang dermawan, Koon Yew Yin telah menderma sebanyak
RM1juta kepada wanita Pakatan Rakyat Perak untuk menjalankan lebih banyak
aktiviti dan program yang memanfaatkan rakyat.
Hadir sama ialah Mantan Menteri Besar Perak, Dato’
Seri Nizar Jamaluddin; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak, Dr Muhammad
Nur Manuty; Ketua Wanita PKR Perak,
Fathmawaty Salim; dan Ketua Wanita DAP, Lim Pek Har.
0 comments:
Post a Comment