Saturday, December 8, 2012

Bekas OCPD Slim River kembali ke rahmatullah

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/399244_378290068932438_244036301_n.jpgPECAH BERITA! Bekas OCPD Slim River Kembali Ke Rahmatullah

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah bin Omar telah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Allahyarham yang juga bekas ketua cawangan khas (SB) Perak merupakan ahli dan aktivis PAS selepas beberapa tahun bersara sebagai anggota polis.

Maklumat ini disampaikan menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi.

Allahyarham adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.

Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin dijangka akan menziarahi Allahyarham di kediamannya dan jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini.

Kehilangan Allahyarham sebagai seorang ahli PAS amat dirasai kerana sehingga kini pendedahannya langsung tidak dijawab Umno mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi antara agensi pelaksana kegiatan jahat tersebut,

Jalan Pulang dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang soleh.

AL FATIHAH

0 comments:

Advertise