Friday, December 21, 2012

Kejantanan Zambry ditentukan hari ini!

Oleh Ajijoi

Semasa perbahasan Sidang Dun Negeri Perak yang dibentangkan oleh DS Nizar Jamaludin, Adun Pasir Panjang, beberapa persoalan telah dikemukakan kepada Adun Pangkor, DS Zambry Abdul Kadir yang menuntut beliau untuk menjawab beberapa pembongkaran yang diketengahkan Nizar.

Sambil itu, DS Nizar juga telah mencabar DS Zambry untuk menjawab segala-galanya sebagai anak jantan tanpa berselindung sedikit pun.

Tatkala itu, DS Zambry telah bangun lalu mengesahkan bahawa beliau memang anak jantan dan akan menjawab segalanya pada hari ini (Jumaat).

Seluruh rakyat Perak khususnya boleh menjadi saksi pada hari ini untuk menyaksikan DS Zambry membuktikan kejantanannya dengan menjawab segala pembongkaran mengenai pentadbirannya termasuklah kes penganugerahan projek kepada pegawai khasnya yang telahpun dilaporkan kepada SPRM baru-baru ini.

Antara pendedahan yang telah dibuat oleh Mohammad Nizar ialah pemberian projek membuat hotel di tapak media Perak kepada pegawai khas Zambry.

Adun Pasir Panjang itu juga memohon penjelasan Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 ekar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik kepada 3 syarikat milik seorang individu.

Diharapkan agar DS Zambry akan telus dan amanah dalam memberikan jawapan kepada segala persoalan tanpa berselindung dengan ulasan merapu dan sindir-menyindir sepertimana ahli-ahli dewan daripada Barisan Nasional yang lain dalam beberapa hari sidang berlangsung.

0 comments:

Advertise