Thursday, December 20, 2012

Dongeng Setinggan Sifar Kak Midah: Setinggan di Ara Payung masih wujud!



PAS Kawasan Batu Gajah telah bertidak proaktif  dengan melancarkan operasi Skuad Basmi Setinggan Batu Gajah kali kedua. Pada sekitar bulan Februari yang lalu, skuad ini telah banyak membantu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat  (PAS) yang diterajui oleh bakal calon PAS Ustaz Radzi Zainon.

Melalui kunjungan mereka ke Kampung Muhibbah Ara Payung kali ini mereka berjaya mengesan dua kes setinggan yang juga belum menerima apa-apa geran daripada kerajaan walaupun YB Hamidah Osman memberi janji akan menyelesaikannya sekitar 2 bulan seleps pendedahan pertama dibuat. baca di sini

Janji ADUN Sungai rapat kian diperbicarakan di peringkat akar umbi masyarakat kerana selepas lawatan pihak ADUN dibuat di beberapa rumah di Telok Pedang dan Ara Payung untuk menunjukkan respon atas pendedahan pihak Skuad Basmi Setinggan Batu gajah, YB Datuk Hamidah belum menunaikan janji untuk menyelesaikan kesemua isu setinggan di sini.

Menurut En Mokhyi bin Mukhlis beralamat  Lot 273 beliau telah menetap di kawasan sekitarnya semenjak 1980-an lagi .

Sekarang beliau menetap di Kg Muhibbah, Ara Payong di mana tanah tersebut tidak mempunyai geran.Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan Taman Bersatu-Kg. Ara Payong.

Rumah beliau sebelum ini terletak di kawasan Taman Bersatu ,apabila pembangunan Taman Bersatu dilaksanakan,beliau telah berpindah pula ke rumah yang beliau menetap sekarang. Keadaan beliau kelihatan diperkotak katik dan tidak menentu. 

Justeru, beliau tidak putus-putus berusaha untuk memohon geran tanah tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya atau dalam ertikata lain,tidak diluluskan permohonan tersebut.

Difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan dari dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap bertarikh 8 Januari 1993.

 Manakala En Ramasamy A/L Kamachi beralamat  Lot 275 merupakan menantu kepada En. Baskar A/L Krishnan yang menetap di Lot 276. Mereka bermustautin selama  hampir 40 tahun.

Adalah difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan  dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap beliau bertarikh 8 Jun 1990.

Pihak Skuad yakin bahawa Pihak ADUN Sg rapat pasti akan hadir ke rumah-rumah berkenaan selepas siri pendedahan ini kerana itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh UMNO Gopeng yang dipimpin oleh Datuk hamidah iaitu hanya responsif kepada setiap kerja amal PAS dan Pakatan rakyat sahaja tanpa idea bernas mempelopori tugasan membantu rakyat.

Mereka telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima bantuan Pakatan Rakyat jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir semula negeri Perak. Malah kelesuan dan kehampaan terserlah di wajah mereka menandakan putusnya harapan mereka terhadap janji manis para pemimpin UMNO yang tidak berjiwa rakyat.

Skuad Basmi setinggan berazam untuk melakukan beberapa siri pembongkaran lagi selepas ini. 

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA Sungai Rapat.

Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Mokhyi bin Mukhlis 08/01/1993
Borang Permohonan Mokhyi bin Mukhlis
Kedudukan Lot Tanah
Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Ramasamy A/L Kamachi 08/05/1990
Borang Permohonan Ramasamy A/L Kamachi

0 comments:

Advertise