KOTA BHARU: Para wartawan diminta bertanya kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang bernama
Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan
Melayu.
"Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Khairuddin Bin Dato' Abdul Malik, perwakilan Tambun.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibentangkan oleh PAS Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu kepada orang Melayu ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika menang nanti.
Siasatan Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Deepak (gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau.
"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.
"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenal dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.
Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu."
"Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).
"Kadang kala kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.
"Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.
Datuk Kenneth Eswaran (gambar) pula adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak dalam urusan pribadinya termasuk menghubungkannya dengan bomoh dari India.
Laman web The Malaysian Insider melaporkan, K Eswaran juga sorang ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.
Syarikat ini akan membelanjakan sehingga RM2 bilion dan akan melancarkan Asian Broadcasting Network Sdn Bhd, jenama TV berbayar baru.
"Dia mendapat semua ini kerana hubungannya dengan keluarga Najib khasnya 'wanita pertama', Rosmah mansor," kata satu sumber kepada laman web itu. Harakahdaily

0 comments:
Post a Comment