Tuesday, November 20, 2012

PAS Perak anjur ceramah serentak seluruh negeri


PAS Perak melalui Lajnah Penerangannya meneruskan usaha memberi penerangan kepada rakyat dengan mengadakan ceramah di seluruh negeri secara serentak.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, program tersebut bertujuan untuk meneruskan momentum kebangkitan serta perubahan rakyat yang dilihat sangat dahagakan maklumat dan info ditambah lagi dalam suasana PRU13 yang semakin hampir.

Katanya, program tersebut mengfokuskan kepada kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PAS dan akan menampilkan penceramah-penceramah pimpinan di peringkat negeri sama ada Dewan Ulama', Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Nuri berkata, program ini akan berlangsung setiap bulan dan program sulungnya adalah pada 27 November ini dan akan diteruskan sehingga parlimen dibubarkan.

0 comments:

Advertise