Thursday, November 22, 2012

Pemuda PAS Perak cabar Pemuda Umno isytihar Harta!

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Negeri Perak mencabar Pemuda Umno Negeri itu mengisytiharkan harta jika benar-benar tidak ada kepentingan sekiranya Umno BN kekal memerintah Perak.

Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, terdapat di kalangan pemimpin Pemuda Umno Perak menjadi ‘kaya’ walaupun sebelum itu tidak dilihat mewah.

"Atau sememangnya mereka benar-benar kaya hasil peniagaan mereka selama ini? Kami dimaklumkan, ada dikalangan mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat kepada hampir berpuluh syarikat atas nama mereka yang digunakan selain sebagai pemegang saham syarikat.

"Adakah benar dakwaan tersebut? Dimaklumkan juga ianya didaftarkan selepas ‘rampasan kuasa’  pemerintahan Pakatan Rakyat Perak tahun 2009 dahulu. Siapakah pemimpin-pemimpin muda tersebut? Apakah hubungannya dengan Datuk Dr Haji Zambry Abdul Kadir?" soal beliau.

Beliau turut menegaskan, Pemuda PAS akan tampil mengisytiharkan harta termasuk pimpinannya bagi membuktikan mereka benar-benar bersih daripada harta yang ‘tiba-tiba timbul’ setelah memerintah kelak.

"Kami yakin semua pimpinan PAS tidak akan disabitkan dengan salahguna kuasa bagi mencari ‘kekayaan luar biasa’ seperti mana pimpinan Pemuda Umno tersebut. Bagi kami, ‘siapa yang makan cili, dia akan merasa pedas’ dengan timbulnya persoalan daripada kami ini," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Minggu lalu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan di muktamar dewan itu mengumumkan jumlah harta yang dimilikinya.

0 comments:

Advertise