Timbalan Ketua Pemudanya, Hairul Nizam Ishak berkata, Pas turut meminta kerajaan mengambil tindakan serius dengan melancarkan kempen memboikot barangan berkaitan Israel serta sekutunya bagi melumpuhkan ekonomi mereka.
Menurutnya, tindakan itu penting bagi menunjukkan kesungguhan rakyat negara ini mengecam perbuatan rejim zalim itu dan tidak hanya sekadar mengadakan demonstrasi.
“KekejamanIsrael yang membedil rakyat Palestin mendapat perhatian semua pihak.
“Oleh itu, kita perlu mohon berdoa kepada Allah supaya rejim Israel ditimpa bala bencana kerana rakyat Palestin berhak untuk hidup bebas di negara sendiri,” katanya.
Hairul Nizam, kempen memboikot barangan Israel merupakan satu-satunya kunci utama dalam memastikan rejim itu tidak lagi mengganas dan menindas masyarakat Palestin dengan sesuka hati.
“Hanya tekanan ke atas ekonomi mereka sahaja yang mampu memastikan suara bantahan seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia didengari dan kerajaan perlu menjadi pelopor agar menjadi ikutan negara lain,” katanya. Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment