
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Seluruh umat Islam yakin di dalam Al-Quran turut menjelaskan fungsi Hukum Hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Islam.
Menurutnya, Pemuda PAS juga merasakan kekesalan terhadap Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak dimana Datuk Seri Chua juga sebahagian daripada pimpinan utama Komponen BN Perak yang mewakili MCA Negeri Perak.

Apakah juga pendirian Umno Negeri Perak terhadap kenyataan terbaru Datuk Seri Chua yang juga Pengerusi MCA Perak?," Katanya kepada Perakite Daily.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, Pemuda PAS mempersoalkan adakah Umno Perak bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Chua bahawa negara yang malaksanakan Hukum Hudud antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat?
"Kami sangsi keilmuan Datuk Seri Zambry tentang Hukum Hudud sehingga kini!," Tegas beliau.
2 comments:
ayam jantan tengah galak berkokok
mungkin ini ayam denak kut.awas jangan terpedya perangkap musuh.
Sila lihat: www.nasharrawy.blogspot.com TK Wassalaam
Post a Comment