Monday, October 22, 2012

Jelajah Perakite Meriah!


IPOH: Jelajah Perakite anjuran PAS Negeri Perak yang diadakan semalam berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya.

Program bersama masyarakat itu menaiki bas menjelajah ke seluruh dun dan parlimen yang ditandingi oleh PAS.

Jelajah yang bertujuan untuk meneruskan momentum perubahan rakyat dalam suasana PRU13 yang semakin hampir ini bermula sejak awal pagi dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu ke utara dan selatan.

Jelajah Perakite ini disertai oleh pimpinan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludddin.

Beberapa pimpinan PAS Pusat turut menyertai jelajah ini termasuklah Ustazah Nuridah dan Dr Hatta Ramli.

Pelbagai program diadakan sepanjang perjalan seperti sarapan pagi bersama rakyat, edaran risalah, santuni rakyat, kenduri rakyat.

Dikemuncaknya ialah Ceramah Perdana Perakite di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi. Sebelum itu pimpinan PAS yang diketui Dr Hatta Ramli.

























0 comments:

Advertise