IPOH: Sikap membelakangkan agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.
Menurut beliau, walaupun teguran dan peringatan telah diberikan dari kalangan ahli agama kepada pemimpin parti Umno namun sikap tidak ambil peduli yang dipamerkan membuktikan, pimpinan Umno-BN hanya mendokong agama apabila ia selari dengan agenda mereka.
"Mereka hanya memperalatkan mufti, mereka tidak menghormati mufti pada hakikatnya, apabila kepentingan mereka memihak kepada politik, mufti tidak digunakan, apabila kepentingan dari segi agama, (barulah) mufti diutamakan," katanya.
Jelas beliau, Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras untuk membela agama Islam.
0 comments:
Post a Comment