IPOH: Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Mantan Menteri
Besar, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin meneruskan usaha memperkuatkan jentera dalam
menghadapi PRU13 yang semakin hampir dengan mengadakan Seminar Persiapan PRU13.
Ratusan peserta mewakili setiap kawasan diseluruh negeri
terlibat dalam seminar tersebut yang diadakan di Ritz Hotel semalam.
Program tersebut bertujuan memastikan semua jentera
pilihanraya di semua peringkat peringkat memahami hala tuju yang dibawa oleh Pakatan
Rakyat dalam PRU13 nanti.
Beberapa slot perbincangan bersama panelis telah diadakan
bagi membincangkan strategi dalam usaha mewujudkan jentera yang bersedia dan
mantap.
Antara panelis yang dijemput untuk berkongsi pendapat dan
idea ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen
Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan PKR, Dr Nur Manuty; dan Pesuruhjaya
PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.
1 comments:
Moga2 PAS dapat meletakkan calon yang lebih dr komponen yg lain...kalu tidak jd macam hr 2...ngeh ko ham yg beriya nk kerusi MB..???????
Post a Comment