Monday, October 1, 2012

Aset Perak di Pulau Pinang sudah dijual?


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak terkejut dikhabarkan bahawa beberapa aset penting iaitu seperti Rumah Perak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah dijual.

“Kami ingin mendapatkan kepastian daripada Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir kerana rumah tersebut dikatakan telah dijual kepada ‘orang’ Datuk Seri Zambry,” Kata Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh kepada Perakitedaily.

Katanya, persoalan juga timbul, kenapakah rumah tersebut terpaksa dijual.

“Adakah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat (PR)?

“Apakah rasionalnya rumah tersebut terpaksa dijual sama sekali? Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut?

Adakah rumah yang baru telah dibeli bagi menggantikan rumah tersebut yang telah dijual?” soal beliau.

Katanya, persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan segera dari Datuk Seri Zambry kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kepimpinan kerajaan negeri.

Menurutnya, PAS mendesak penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Datuk Seri Zambry.

“Mengapakah tindakan menjual Rumah Perak tersebut diambil dan apakah faktor sehingga memaksa penjualan rumah tersebut yang boleh dianggap amat bernilai dan berstrategik di Pulau Pinang.

“Inilah kali pertama dalam sejarah Kerajaan Negeri Perak yang mana aset-aset penting di luar negeri terpaksa dijual untuk mengisi kantung kerajaan negeri,” tegas beliau.

0 comments:

Advertise