Thursday, October 18, 2012

Pemuda PAS lapor Polis terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah




IPOH: Dewan Pemuda PAS Malaysia semalam membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang membuat kenyataan berunsur fitnah dan hasutan.
Laporan Polis tersebut dibuat di Pejabat Polis Daerah Ipoh petang semalam.
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Tan Keng Liang menerusi lawan twitternya jelas cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat khususnya golongan bukan Islam kepada PAS.
Menurutnya, sebanyak 3 kali Tan membuang kenyataan yang jelas tidak benar dan dilihat cuba memperlekehkan Islam itu sendiri.
“Tan memaksudkan bahawa Pelaksanaan Etika Pemakaian terhadap non Muslim di Billboard oleh Kerajaan Kedah dilihat sebagai usaha jelas untuk mengganggu kehidupan orang bukan Islam.
“Beliau juga memfitnah PAS dengan membangkitkan kononnya PAS akan bertindak keras dan tegas terhadap golongan bukan Islam sekiranya PAS memerintah.
“‘Golongan atlit bukan Islam akan menjadi mangsa dengan tindakan keras memaksa mereka memakai seluar panjang dan T Shirt berlengan panjang’,” katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, Tan jelas mempertikaikan keputusan yang telah diputuskan diperingkan kerajaan tempatan yang diyakini sudah tercatat dalam Enakmen Kerajaan Negeri Kedah.
Raja Ahmad berkata, PAS tidak pernah memaksa bukan Islam untuk mengikut segala perintah yang hanya di khaskan kepada penganut agama Islam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, didalam Perlembagaan Malaysia jelas menunjukan kebebasan rakyat menganut dan mengikut kaedah agama masing-masing tanpa sebarang sekatan.
“Golongan bukan Islam diberikan kebebasan memilih dan mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa sekatan.
 
Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah hanyalah suatu usaha murni yang wajar dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini,” ujar beliau.
Ujar Raja Ahmad, kenyataan Tan Keng Liang juga berunsurkan hasutan dan penghinaan terhadap PAS serta seluruh umat Islam di negara ini.
Dengan kebiadaban beliau katanya boleh memecahbelahkan antara kaum dan agama di negara ini.
“Tuduhan beliau membuatkan Islam dipandang negatif oleh orang bukan Islam,” jelas beliau.
Katanya, dakwaan Tan yang mengatakan seluruh rakyat dinegara ini diwajibkan memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang jika PAS dan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya adalah satu cubaan menghasut orang bukan Islam supaya berada dalam keadaan ketakutan.
Ketua Pemuda Gerakan baru-baru ini membuat  beberapa kenyataan kontroversi dilaman twitternya iaitu “Kedah govt latest billboard Dress Code against non Muslim (male & women) clear attempt by PAS to trespass into non Muslim lives”, “Imagine what will happen if PAS seize Putrajaya.. all Malaysians athletes.. inc non muslim must wear long pants & shirts with sleeves.Now..” dan “Kedah PAS govt advise Male model appearing in Billboard to wear decently & not to wear shorts. Why? Afraid ‘jambus’ in PAS get aroused?”
Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Exco Pemuda PAS Negeri, Ustaz Isran Fahmi dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Ustaz Shamsul.

1 comments:

konon nak tunjuk hero la tu budak kanyiaq yang duk hina Islam.orang nak buat perkara baik untuk menjaga sopan santun dia pula duk kutuk.

Advertise