Sunday, October 14, 2012

Kajian tentang MCA hina Islam


Kajian MCA Hina Islam
Oleh: Nuruddin Bashah
1.       Pada 12 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor  membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, terhadap Islam antara kenyataannya ialah;
·         Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
·         Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
·         Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
·         Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.

2.       Dewan Pemuda PAS Johor juga cadangkan Chua didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

3.       Pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Chua dakwa  Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju) Mahyudin yasin elak untuk komen ucapan Chua.


4.       Institute of Strategic Analysis and Policy Research (Insap) iaitu kumpulan Think Tank MCA anjur Forum Hudud dan kesan terhadap kaum bukan Islam pada 4 Disember 2011.

5.       Semasa Kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang.
·          “What’s so great about knowing Muslim values?” “Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”-Presiden MCA,Chua Soi Lek
·         Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS” “Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”-Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

6.       Akbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7.       MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Najib keluarkan kenyataan untuk menjaga hati MCA kenyataannya berbunyi “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti

8.       Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor. Konvensyen MCA Selangor 18 Ogos 2012

9.       Ng Kiam Nam seorang peguam dan  ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan yang dikatakan kuat di Masjid Khadijah Pantai Dalam.  JAWI arah masjid perlahankan Azan.

10.    Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang islam yang sedang bekerja di premis arak)

11.   bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam

12.    The Star (Akhbar MCA Hina Islam)
·         Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
·         Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan lagi iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
·         Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang.

1 comments:

ni sorang lagi asyik kutuk Islam aja
dah rasa gagahperkasa kut ikut sedap nak bercakap aja

Advertise