Saturday, October 20, 2012

Jambatan tanah mendap menimbul kebimbangan penduduk

Jambatan di Kampung Jelintoh menuju ke Gopeng mula mendap sejak
beberapa bulan yang lalu telah menimbul kebimbangan penduduk tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) kawasan Teja, Chang Lih Kang
berkata, beliau menggesa pihak berwajib supaya dapat mengambil
tindakan segera supaya masalah itu dapat diatasi dengan segera.

"Kita bimbang sekiranya dibiarkan, ia akan memberi kesan buruk
terutamanya penunggang motosikal yang berkemungkinan berdepan risiko
jatuh." Kata Lih Kang selepas meninjau ke tempat tersebut.

Menurutnya, bahagian tanah mendap yang sudah berlaku sejak beberapa
bulan lalu dan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang
dilakukan.

Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak turun padang
bersama pegawai khasnya iaitu Ahmad Tarmizi Ghazali dan Ketua PAS
Cawangan Taman Kinta, Ibrahim Malbar selepas menerima aduan daripada
penduduk tempatan.

Katanya, laluan jambatan berkenaan merupakan jalan utama ke Pekan
Gopeng dan sentiasa sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan termasuk
lori besar.

Ini membimbangkan penduduk yang khuatir keadaan akan bertambah teruk
jika keadaan sekarang berterusan dan pihak berkuasa masih tidak
mengambil tindakan segera untuk membaiki jambatan tersebut.

Lih Kang menggesa pihak berwajib membaiki jambatan tersebut dengan
kardar segera untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

0 comments:

Advertise