Saturday, October 20, 2012

dah nak habis penggal baru Adun Lompat Changkat Jering nk selesai isu rakyat?


TAIPING – Keadaan jalan sempit di Kampung Tersusun Batu 2 ½, di sini bukan perkara baru sebaliknya sudah 45 tahun penduduk berdepan masalah itu, kini sudah tiba masanya kemudahan diberikan kepada mereka.

Seorang penduduk yang ditemui, S Saroja, 49, berkata, penduduk semakin bimbang apabila pasukan keselamatan lewat tiba di kawasan kejadian gara-gara laluan sempit itu.

"Sebelum ini pernah berlaku beberapa kali kebakaran dan masalah jalan ini telah menyebabkan pihak bomba sukar untuk sampai dengan segera.

“Masalah ini melibatkan kira-kira 450 keluarga yang tinggal di perkampungan ini kerana kami akan menggunakan jalan sedia ada untuk pelbagai aktiviti harian masing-masing,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Difahamkan bahawa perkampungan ini telah berusia 45 tahun, namun sehingga kini masih banyak masalah yang belum dapat diselesaikan.

“Ia bukan sahaja melibatkan jalan, tetapi masalah ketiadaan longkang, banjir dan sebagainya.“Masalah yang terpaksa kami hadapi ini bukan masalah remeh seharusnya ia segera mendapat perhatian pihak bertanggungjawab tetapi penantian kami untuk satu perubahan masih tiada,” katanya.- Sinar

Sementara itu, yang bestnya....Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu berhubung masalah berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.??
DAH nak habis satu penggal jadi ADUN Lompat baru mau siasat...hehehe....selama ini sibuk kira pulus hasil lompatan dan sekarang baru mau siasat masaalah rakyat...hahaha....

Oleh: Orang Ni

# Perakite Daily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Perakite Daily




0 comments:

Advertise