Heboh macam murai tercabut ekor, muncung Hamidah BP pada suatu ketika dulu - tohmahkan Pakatan Rakyat menentang pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman ...
Sanggup upah Kazim Elias
supaya ajak ummat Islam Dun Sungai Rapat 'berjihad’ mempertahankan SAR tersebut.
Mamat mangkuk yang sanggup
makan upah tak seberapa itu pun buat sembahyang hajat...kononnyalah dia tu sayang sangat dengan SAR padahalnya kerana
dapat upah dari Hamidah BP.
Hamidah BP memang tak lokek
wang. Dia memang pandai cari wang. Projek pembinaan SAR di taman itu adalah projek
kecil saje baginya, macam tahi hidung dipinggir lubang sahaja. Apa salahnya
berikan kepada mamat mangkuk tu secebis, tentu bertambah khusyuk mangkuk tu
bermunajat ....
Ya Allah ! Fulus ! Fulus! Fulus!
begitulah gamaknya wirid munajat yang sentiasa berdetik dalam kalbunya....
Sebelum kamu atau pencacai
kamu jawab, elok fahami dahulu apa itu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang aku
maksudkan.
Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikanformal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam.Kebanyakan SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Namun begitu, masih banyak lagi SAR yang tidak berdaftar dan tidak termasuk di bawah mana-mana kategori sekolah-sekolah di Malaysia. SAR lazimnya diasaskan oleh tokoh-tokoh agama dan mengamalkan sistem pembelajaran tradisional dan menggunakan kurikulum pembelajarannya yang tersendiri.
Jelasnya di sini, SAR yang dimaksudkan yang
sebenarnya adalah seperti mana definasi di atas itu.
Bukan SAR (seperti di Taman Pegoh) sebagaimana
yang ko dan pencacai upahan ko perjuangkan. Sampai ajak kalian ummat Islam ’berjihad’!
Yang itu sebenarnya ialah kelas KAFA atau Kelas
Agama dan Fardu Ain. Lazimnya, budak-budak sekolah rendah kebangsaan
yang sessi pagi akan menghadiri kelas-kelas ini disebelah petang antara 2.30
hingga 5.30 setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.Budak-budak sessi petang hadir
ke kelas-kelas ini disebelah pagi.
Jadinya bila aku sebut SAR,
aku tidak maksudkan kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain,
faham? Lihat semula definasi atas tu kalau masih teghin lagi!
Ok lah, aku nak khabarkan kat ko Hamidah BP, bahawa
ada satu rombongan SAR telah berdemo diluar bangunan parlimen kerana tidak puas
hati dengan bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
Yang tutup muka tu ...Hamidah BP ker?
Mereka membantah kerana SAR disisihkan dari mendapat bantuan dalam bajet 2013.
Mereka membantah kerana SAR disisihkan dari mendapat bantuan dalam bajet 2013.
Bajet Najib memperuntukan sejumlah besar RM1.2
billion bagi pra-persekolahan. Dari jumlah tersebut, RM111 million telah
diperuntukan kepada projek Rosmah Mansor, Permata Negara. Baca di sini
Cuma aku nak tanya engkau satu soalan cepu emas :
Betul ke engkau dan Umno prihatin untuk
memperjuangkan nasib Sekolah Agama Rakyat?
Dan soalan tambahan : Apakah kejayaan yang telah dicapai
oleh program Permata tersebut hingga melayakan Rosmah mendapat peruntukan
sebanyak itu?
Petikan Blog Al-Husseyn
0 comments:
Post a Comment