Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub amat optimis bahawa pilihanraya yang akan datang ini adalah
merupakan ‘ibu’ kepada pilihanraya kerana inilah buat julung kalinya
sejak negara Merdeka, katanya, kita dapat menawarkan kepada rakyat satu komponen
yang terbaik untuk rakyat pilih.
Menurutnya lagi, walaupun
kita belum lagi menjadi sistem dua-parti sebagai mana negara-negara
maju seperti Amerika, Jepun dan England mithalnya. Menukar sesuatu
kerajaan sudah tidak menjadi masalah.
Rakyat
Amerika boleh berfikir samada mahu pilih Republican atau Democrate. Di
England, rakyat boleh pilih samada mahukan parti Buruh atau parti
Conservative.
Sekarang ini, rakyat Malaysia juga seolah-olah ada pilihan seperti itu.
Samada mahukan BN atau Pakatan Rakyat. Rakyat sudah punya kenyakinan
bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju pemerintahan negara
dari BN.
Mereka dapat melihat kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak, walaupun dalam masa yang singkat.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya di Ijtima’ bulanan PAS Kawasan Gopeng malam tadi.Mereka dapat melihat kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak, walaupun dalam masa yang singkat.
Beliau turut menyampaikan beberapa aspek penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan PAS.
Beliau menekankan perlunya pembinaan sahsiah ahli dalam mempastikan roh
perjuangan ini akan terus subur dan mendapat pertolongan dari Allah SW.
“ Berjuanglah kita supaya kita akan berjaya menjadi pejuang-pejuang yang
terus dengan istiqomah dalam meninggikan agama Allah SW sebagaimana
pesanan Nabi Allah Ibrahim kepada anak-anak cucunya supaya jangan mati
melainkan kamu dalam keadaan Islam, yakni menyerah diri kpd Allah SW, ”
katanya.
Menurut Salahuddin, PAS telah berumur 61 dan telah melalui banyak
peristiwa manis dan pahit getir untuk dijadikan panduan dan sempadan
untuk terus melangkah maju dalam perjuangannya.
Beliau mengingatkan ahli PAS supaya jangan lupa mengkaji sejarah perjuangan PAS itu sendiri.
“PAS
pernah ditinggalkan oleh Presidennya.Pernah ditinggalkan oleh Timbalan
Presidennya , Naib Presidennya dan juga Setiausaha Agungnya.Tetapi
sejarah membuktikan bahawa dengan pemergian mereka ini, PAS tidak pernah
mati,” tegasnya lagi.
“Pemimpin datang dan pergi silih berganti, namun ahli-ahli PAS tidak
akan ikut mana-mana pemimpin mereka yang khianat dengan perjuangan,”
jelasnya.
Kata-katanya itu sudah tentu mengingatkan kita kepada beberapa nama-nama
besar dalam PAS suatu ketika dulu seperti Allahyarham Asri Muda,Ust
Nakhaie Hj Ahmad,Ust Abu Bakar Hamzah dan Ust Wahab (Dungun).Hasan Ali
adalah merupakan individu terbaru yang termasuk dalam senarai ‘pemimpin
yang khianat’.Ust Nasa nyaris-nyaris sahaja ...
“Dalam sejarah PAS ramai yang tahan dan sabar dan sanggup bersusah
payah.Tetapi ada ramai juga yang gugur bila diuji dengan sedikit
kemenangan atau kemewahan. Pernah berlaku di Kelantan dan Trengganu
....
“Mereka yang gugur ini adalah satu perkara yang perlu kita ingat.Dah
molek-molek atas perahu, dia nak terjun.Dah molek-molek duduk dalam
perahu, dia nak tebuk pula perahu... ”
Demikian kiasan yang digambarkannya terhadap mereka yang pernah bersama
PAS tetapi tergelinjir dalam perjalanan dakwah yang penuh berliku ini.
Beliau mengingatkan bahawa cabaran semakin besar. Mehnah dan tribulasi
semakin mencabar kita kerana parti kita semakin mendapat dokongan
daripada semua pihak dan merupakan rakan dalam PR yang benar-benar telah
menjadi alternatif untuk rakyat pilih.
“Dalam setiap marhalah yang kita lalui ini ada proses mahasabah, yakni
ada proses untuk menapis diantara kita ini siapakah yang Allah pilih
untuk melangsungkan perjuangan ini.
“Hanya mereka yang Allah kasihi, insya’ Allah akan selamat.Sebab itulah
pergantungan kita dengan Allah adalah sangat penting.Jika Allah tunjukan
rasa murka kepada kita, maka awas, akan ada saja esok ujian yang akan
datang kepada kita.” katanya.
Dipetik dari Al-Husseyn
1 comments:
Pemimpin yg khianat?????
x semestinya org yg kluar PAS 2 khianat yb...semua org ade perjuangan politik...ape yg sy npk skrg nie semua nk mengejar kuasa..xpe agama dan bangsa tergadai n diultrakiasukan..
Post a Comment