
Pada
hari Jumaat yang lalu, 14 September sebagai contoh di seluruh dunia Islam
membantah penyiaran filem tersebut dan tidak berkecuali di Perak turut diadakan
bantahan iaitu di Masjid Negeri, Sultan Idris Shah 11, Ipoh. Kami
mempersoalkan, dimanakah Pemuda Umno Perak ketika itu? Kenapakah perlu terlalu
mempolitikkan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya untuk
hadir bersama menzahirkan bantahan?
Jelas
Pemuda Umno hanya menggunakan isu bagi kepentingan mereka untuk dilihat membela
Islam, sedangkan mereka hanya berpura-pura sahaja. Rakyat boleh melihat sendiri
laman twitter Khairul Azman untuk
menilai sendiri apa yang kami nyatakan. Kami mengibaratkan Khairul Azwan ini
sebagai ‘budak emas’ yang sangat disayangi oleh Umno Perak sebenarnya.
DR RAJA
AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
0 comments:
Post a Comment