Friday, July 27, 2012

Hutang negara semakin meningkat, harga barang semakin naik


Walaupun kerajaan Barisan Nasional menabur janji-janji politik dan pemberian bantuan “durian runtuh” 5 tahun sekali kepada rakyat namun ianya tidak banyak membantu rakyat bagi mengatasi bebanan kenaikan harga barang yang kian meruncing, jelas Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak.

Bahang kenaikan harga barang keperluan harian dilihat serius apabila rakyat bawahan sentiasa bercakap di kedai kopi dan mana-mana tempat sekaligus mula mempertikaikan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sekarang.

Beliau menyatakan, kerajaan Barisan Nasional perlu sedia berundur dari tampuk pemerintahan negara, kerana situasi kini rakyat mula bercakap soal perlunya melakukan perubahan politik negara apatah lagi politik negeri Perak.

Memetik ucapan beliau,

“ Antara perkara yang serius berlaku dalam pengurusan kewangan negara atau negeri ialah masalah kedudukan hutang terkini Kerajaan BN dan juga perbelanjaan yang defisit, berlaku saban tahun”

“Dalam konteks ini, rakyat lebih mudah faham tentang hutang negara atau negeri yang diperintah Barisan Nasional semakin serius bilamana rakyat dapat membandingkan jumlah hutang kerajaan negeri semasa diperintah oleh BN dahulu yang kini negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat"

“Contohnya hutang kerajaan Kelantan sewaktu PAS mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990 ialah RM736 juta dan kini telah bejaya dilangsaikan dengan jadual pembayaran yang teratur hasil dari langkah berjimat cermat”

“Manakala Negeri Kedah pula terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh kerajaan BN sebanyak RM2 bilion sebelum 2008 dan kini sedang membayar hutang tersebut dengan tidak membuat hutang baru”

“Rakyat juga perlu difahamkan bahawa hutang kerajaan negeri yang dibuat oleh Kerajaan BN merupakan hutang atas nama projek yang sebenarnya projek yang dibuat untuk mengaut komisyen kroni-kroni pemimpin Umno/BN ”

Justeru, beban hutang kerajaan akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat, kita yakin bahawa pelbagai cukai langsung atau tidak langsung pasti akan diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional jika mereka terus diberi mandat untuk memerintah kerajaan Malaysia selepas PRU-13 ini.

Meningkatnya angka hutang bermakna meningkatnya pula tekanan ke atas rakyat agar bekerja lebih keras serta berjimat sebanyak yang boleh. Sementara harga barang meningkat tentu sahaja kos hidup turut meningkat dan menghambat keselesaan serta ketenangan rakyat, jelas beliau.

0 comments:

Advertise