![]() Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, PAS Parit Buntar telah lama mendepani agenda kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar. “ Kita mengadakan program kebajikan kepada rakyat secara berterusan tidak bertumpu di musim pilihanraya sahaja. “ Malah, PAS Parit Buntar tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat” katanya. ![]() “ Tindakan berkenaan bertujuan menakut-nakutkan penduduk dengan kehadiran polis , seolah-olah program berkenaan menyalahi undang-undang. “ Malah, penduduk juga menerima ugutan dari pihak tertentu supaya tidak menghadiri program berkenaan” katanya “ Namun saya ucap terima kasih kepada penduduk , walaupun diugut mereka ramai yang hadir dapatkan kaunseling kesihatan dari doktor sukarela” katanya ![]() |
0 comments:
Post a Comment