IPOH – Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dato’ Seri Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir memberi ke pejabat IPK pada jam 10 pagi dan berakhir sejam sebelum itu.
1 comments:
Assalamualaikum,
Jadikan Dinar Dirham sebagai manifesto bebas hutang (debt forgiven dalam istilah kitab nabi-nabi sebelum Rasulullah, yang menyebut apa-apa hutang termansuh selepas 7 tahun)
Duit kertas kini adalah nota hutang tanpa nilai intrinsik (tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971). Hanya duit syiling/koin diguna semasa sahaja yang masih berintrinsik tembaga(ingat dinar emas dirham perak dan fulus tembaga) dan selayaknya dipanggil fulus(syiling/coin shj tidak termasuk duit kertas).
Walaupun begitu, syiling/coin ini hanya bernilai 1/3 dari nilai mukanya. Maksudnya, bagi syiling baru 20sen 3rd siri, nilai bahannya hanya 6 sen. Dari segi lain, fiat bagi duit 20 sen ini ialah 6/20=300% atau premiumnya 14sen dari nilai asasnya. Ini memang diolah secara halus agar cycle syiling/coin ditukar setiap 21 tahun adalah pada kadar inflasi 6%-9% setahun.
Dengan inflasi/usury/riba terancang inilah perhambaan manusia dijalankan. Duit sentiasa susut nilai berbanding gaji/produktiviti manusia sekalipun usahanya sentiasa statik. Itulah yg membuat manusia makin hari makin sibuk menambah usaha, hatta mencari sekadarnya pun menjadikannya lalai kepada Yang Esa. Itu belum lagi yang berhutang dengan riba bunganya, untuk membeli keperluan asas yg mahal harganya seperti rumah. Fahami hakikat ini, bukan salahnya pada orangramai, tapi mudarat sistem terancang ini yang majoriti ramai orang tidak tahu hatta ilmuan sekalipun dan telah berleluasa selama 41 tahun.
Jadi, solusinya ialah menambat fulus kita pada emas/perak. Jika fulus 20 sen tadi hanya berbahan tembaga 6 sen, iaitu 1/3 nilai muka, maka begitu juga dinar/dirham. Dengan harga purata bahan dinar emas 4.25g rm700, maka sahih seadilnya satu dinar sentiasa tetap selama 21 tahun pada nilai 300% kini iaitu rm2000. Dirham pula tetap rm30 juga selama mana sama.
MANIFESTOnya, galakkan semua menyimpan dinar dirham pada harga terkini iatu dinar purata rm775 dan dirham rm25, bila menang kelak kita akan tambat dinar tetap pada rm2000 dan dirham rm30. Semua mendapat laba bagi membayar semua hutang dan kita mulakan ekonomi Islamik yang sebenar selepas semua bebas hutang. Yang merana hanya sistem kewangan riba/bank dan pendokongnya, negara tidak terjejas. Yang gaji rm700, tetap rm700. Beras sekampit rm25, tetap rm25. Sistem kewangan riba/bank dan pendokongnya yang telah lama menjarah dan punca segala masalah sosial, kita hududkan untuk menerima dinar dirham kita pada nilai baru kerana itulah nilai syiling/coin yang dipaksa kepada kita selama ini (kalau duit kertas berlebih lagilah penindasannya). Fahamilah sebenar-benarnya, kerana terlalu sedikit yang betul-betul tahu tentang ini. InsyaAllah.
Post a Comment