Wednesday, May 23, 2012

Bila Lagi Bekas Ketua Polis Negara Nak Masuk PAS?

Sejak kemasukan Dato Fauzi Shaari, bekas orang nombor tiga PDRM bersama PAS, rakyat mulai bertanya dan menaruh harapan, bilakah lagi yang lain-lainnya seperti bekas-bekas KPN Hanif Omar, Rahim Nor, dan Musa Hasan ?

Alangkah baiknya kalau mereka ini ikut serta bersama PAS. Sudah tentu ini akan menaikan lagi imej parti dan pakatan Rakyat!.

Ramai yang mengharapkan begitu. Jom kita terjah serba sedikit latar belakang personaliti negarawan-negarawan tersebut.

Mantan KPN Hanif Omar : Sekarang ini adalah sebagai Timbalan Pengerusi Genting Bhd. Dia juga adalah Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd. Selain itu, dia adalah Pengerusi General Corporation Berhad Ahli Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad, AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad, AMFB Holdings Berhad dan AmInvestment Bank Berhad. Rujukan

Adakah beliau sanggup berkorban dengan melepaskan jawatan-jawatannya dengan gaji yang sangat lumayan itu?

Mantan KPN Rahim Noor : Dia inilah yang melebamkan mata Anwar semasa beliau ditahan di dalam tahanan sah polis dulu.

Dia terpaksa bersara pada 8 Januari 1999 apabila siasatan keatasnya bermula. Dia didapati bersalah dan dihukum penjara 2 bulan diatas perlakuan jenayahnya itu. Setelah keluar penjara, bukan nak bertaubat dan terus jadi baik, dia gi join gang provokatif Melayu Perkasa dan terbaru, mencetuskan kontraversi apabila dia tuduh TGNA sebagai Bapa Kafir!


Mantan KPN Musa Hasan : Anak seorang guru al-Qur’an, tapi cerita-cerita yang mengaitkan beliau dengan kumpulan gangster Cina susah untuk disangkal. Menurut Datuk Ramli Yusuff , bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, bahawa Musa bersekongkol dengan Goh Cheng Poh, ketua kongsi gelap Johor dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu yang didakwa terbabit dengan wang haram.Baca di sini

Ingat lagi komentar Hakim Supang Lian ketika beliau membebaskan Ramli daripada satu lagi tuduhan di Sabah? Bahawa Ketua Polis Negara Musa Hassan adalah saksi pembohong . Bahkan hakim itu berpendapat bahawa KPN Musa Hassan adalah seorang bajingan.

Kita sudah pun mengimbas secara ringkas profail mereka tadi. Adakah kita masih menaruh harapan terhadap mereka?

Harap-harap ada lagi kot?

Nampaknya harapan tersebut semakin menjadi kabur dan terus pudar apabila kita merenung dan meneliti ungkapan Mat Sabu, "Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terbabit jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR."

Dipetik dari Blog AlHusseyn

0 comments:

Advertise